Showing posts with label sakit kronik. Show all posts
Showing posts with label sakit kronik. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

pelajar tahfiz derita sakit buah pinggang rayu bantuan

Seorang pelajar Maahad Tahfizul Quran Adnan Yaakob (MTQAY) merayu bantuan kewangan daripada orang ramai untuk mengubati penyakit buah pinggang yang dihidapi sejak Februari lalu.

Pelajar berkenaan, Tablin Mohamed, 17, berkata, dia dikesan mengalami penyakit tersebut sejak Februari lalu dan kini menjalani proses mencuci darah tiga kali seminggu di Pusat Hemodialisis, Hospital Bentong (HB).

“Saya diberitahu perbelanjaan untuk proses menggantikan satu buah pinggang memerlukan kos yang agak besar iaitu RM130,000 di China atau RM70,000 di India.

“Saya tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu kerana saya hidup miskin malah untuk membayar proses mencuci darah tiga kali seminggu pun tidak mampu,” katanya yang berasal dari Kampung Cham di Kemboja.

Ketika ditemui di Pusat Hemodialisis, Hospital Bentong dekat sini semalam, katanya, sejak kedua-dua buah pinggangnya dikesan rosak, dia telah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Tablin yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik memberitahu, ibunya hanya bekerja sebagai petani untuk menyara hidup mereka sekeluarga setelah bapanya mati dibunuh dengan kejam oleh tentera Pol Pot.

”Saya datang ke sini untuk menimba ilmu dan mendalami hafazan al-Quran hampir setahun yang lalu di MTQAY tetapi tidak menyangka pula saya akan mengalami penyakit buah pinggang dan menghadapi ujian seperti ini.

”Sejak ditimpa penyakit itu saya kini lebih banyak berehat dan hanya menjalani aktiviti ringan sahaja di MTQAY tetapi saya tetap berazam dan tabah untuk menamatkan pengajian hafazan al-Quran di sini,” katanya yang bersemangat dan pasrah menghadapi ujian itu.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi MTQAY, Aziz Mohamed Mohd. Ali memberitahu, perkara yang menimpa Tablin merupakan sesuatu yang tidak diduga memandangkan dia sebelum ini disahkan sihat.

”Tablin ialah seorang pelajar yang bijak dan cemerlang apabila mampu menghafaz 15 juzuk al-Quran tetapi pembelajarannya kini terganggu ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya itu.

”Sejak kedua-dua buah pinggangnya rosak, Tablin terpaksa menjalani rawatan mencuci darah tiga kali seminggu di Hospital Bentong yang menelan belanja RM360,” katanya.

Oleh kerana Tablin bukan warganegara Malaysia, dia tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan dan pihak TMQAY terpaksa membayar kos rawatan sepenuhnya iaitu RM120 setiap kali menjalani proses mencuci darah.

Menurut Aziz Mohamed, pihak TMQAY tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung kos perubatan dan rawatan mencuci darah.

Sehubungan itu pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak untuk memastikan pelajar tersebut dapat meneruskan pelajarannya dan menjalani kehidupan harian dengan baik.

”Pada peringkat awalnya, kami bercadang menghantar Tablin pulang ke kampung asalnya di Kemboja tetapi membatalkan hasrat tersebut memandangkan di negara itu tidak mempunyai kemudahan rawatan penyakit buah pinggang yang sempurna dan kekangan kewangan daripada keluarga Tablin sendiri,” katanya.

Tambahnya, TMQAY sedang berusaha mencari sumber kewangan bagi membantu Tablin supaya dapat menjalani rawatan dan proses pemindahan buah pinggang yang memerlukan perbelanjaan yang besar.

Selain mengharapkan bantuan orang ramai, TMQAY telah menghantar rayuan kepada Pejabat Menteri Besar Pahang, Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), Pusat Zakat Selangor, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kesihatan dan Menteri Kewangan.

Setakat ini kata Aziz Mohamed, MUIP telah menghulurkan bantuan RM3,000 dan berharap Menteri Kesihatan dan Menteri Kewangan dapat memberikan pengecualian caj dan kos rawatan mencuci buah pinggang.

Katanya, TMQAY turut meletakkan tabung bagi mendapatkan bantuan orang ramai di Stesen Minyak Petronas di Lebuhraya Bentong-Gombak berhampiran Plaza Tol Bentong.

”Orang ramai yang ingin menderma boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun RHB bernombor 25602600003329 atau menghubungi talian telefon di nombor 019-0302002, 019-9830940 dan 019-9442272 untuk mendapatkan penerangan lanjut,” ujarnya.

Muhamad Fadli Kamarul Azman (pengidap penyakit hidrosefalus)

PUCHONG: Meskipun berlaku komplikasi ketika dilahirkan, Muhamad Fadli Kamarul Azman atau Ali, 12, yang lincah dan periang sempat menikmati kehidupan normal.
Bagaimanapun, pada usia lima tahun, penyakit hidrosefalus yang menyebabkan kepalanya membesar mendadak meragut kebahagiaannya.

Selepas lebih 20 pembedahan dalam dua tahun bagi mengeluarkan cecair, Ali kini terlantar dan hanya mampu menggerakkan tangan kanan, manakala penglihatannya hilang kesan pembedahan.

Kakak Ali, Norzahila Kamarul, 26, berkata, penderitaan adiknya itu dirasai seluruh keluarga yang merindui keletah comelnya ketika sihat.

“Kini Ali tidak mampu bersuara atau menangis. Kami hanya tahu bila dia sakit atau sedih, air matanya menitis,” katanya.

Bapanya, Kamarul Azman Abu, 52, peniaga gerai makanan ringan berkata, walaupun kos hidup semakin tinggi, barang keperluan Ali tetap disediakan.

“Kos perubatan dan lampin pakai buang mencecah RM1,000 sebulan, jika termasuk susu dan makanan, biasanya perbelanjaan bulanan Ali RM 2,000,” katanya di Taman Puchong Perdana, di sini semalam.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan diminta menghubungi Norzahila di talian 017-3047306; melalui akaun Maybank Norzahila, 164164821295 atau akaun Maybank Kamarul Azman, 162348431483.

Katanya, pendapatan mereka sekeluarga cuma RM700 hingga RM 800 sebulan bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan serta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) masing-masing RM300 sebulan.

Bagaimanapun, bantuan LZS sudah ditamatkan dan Kamarul sedang berusaha melanjutkan tempoh bantuan itu selain mengharapkan bantuan orang ramai dan agensi kerajaan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan diminta menghubungi Norzahila di talian 017-3047306 atau melalui akaun Maybank Norzahila, 164164821295 atau akaun Maybank Kamarul Azman, 162348431483.

Tuesday, February 9, 2010

bantu adik Ammar

ni diambil dr blog ni.. sila ambil perhatian ye..

Salam, Entry kali ini dibuat khas untuk Adik Ammar yang kini sedang sakit.
Maklumat lanjut mengenai Ammar ada disini > mylife-asz.blogspot.com



Kami mendapati bahawa Adik Ammar mengalami masalah jantung yang memerlukan rawatan lanjut pada tarikh 22 / 2 / 2010. Tetapi, kos untuk rawatan tersebut terlalu tinggi untuk dicari oleh keluarganya. Kos rawatannya ialah RM12,000.

Mungkin anda tidak mampu menyumbang RM12000. Tetapi jika 600 orang menyumbang RM20, maka RM12000 bukanlah mustahil untuk kita kumpulkan. Lagi banyak anda sumbangkan, lagi cepat kita dapat kumpulkan RM12000 untuk Adik Ammar.

Kami yakin ada ramai diluar sana boleh membantu Adik Ammar.
Sumbangan anda boleh dibuat ke akaun Ibunya berikut:

Azmaniza Mohamad Kamal
514093114912 (Maybank)



keikhlasan sumbangan anda pasti akan mendapat balasan yang baik. RM20 bukanlah duit yang besar untuk kita simpan selama-lamanya, Kebajikan yang dilakukan kitalah yang akan menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Buktikan kita Blogger yang saling mengambil berat antara kita.

Monday, December 8, 2008

Muhammad Syamil

no akaun BSN En Nordin ialah: 04122 29 0000 1882 5 (nordin bin mohd ali)

dari akhbar Utusan:

ARKIB : 22/11/2008
Muhammad Syamil perlukan bantuan

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

KULIM 21 Nov. - Seorang remaja terpaksa menghabiskan usia mudanya dengan terlantar di katil selepas disahkan menghidap penyakit Arterivemous Malformation (AVM) atau kegagalan fungsi otak yang menyebabkannya lumpuh sejak dua tahun lalu.

Muhammad Syamil Nordin, 19, dibawa keluarganya berulang-alik menjalani rawatan di tujuh buah hospital termasuk di Singapura tetapi keadaan penyakitnya masih tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.

Penderitaan anak sulung empat beradik itu bermula ketika dia terjatuh di sekolah pada tahun 1999 sebelum disahkan menghidap gangguan saraf otak dan pernah menjalani pembedahan otak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Sejak itu, Muhammad Syamil banyak menghabiskan masa berpindah-randah mendapatkan rawatan di beberapa buah hospital termasuk di Hospital Alor Star, HUKM, Hospital Kulim, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ipoh dan Hospital Pulau Pinang.

Penyakit remaja malang itu juga pernah dirujuk di dua buah hospital pakar iaitu di Pusat Perubatan Sunway (Selangor) dan Singapore Gamma Centre di Singapura.

Bapa remaja itu, Nordin Mohd. Ali, 59, berkata, walaupun doktor mengesahkan harapan untuk anaknya itu sembuh sepenuhnya agak tipis, dia sekeluarga tidak mahu berputus asa.

''Kami menerima keadaan (Muhammad) Syamil dengan penuh keredaan sebagai satu suratan takdir tetapi saya kena usahakan kerana harapan masih ada walaupun tipis.

''Walaupun dia sakit tetapi sekali-sekala dia mampu tersenyum bila kami panggil namanya. Itu yang memberikan kami harapan untuk lihat dia sembuh semula," katanya.

Nordin yang juga bekas pengawal keselamatan berkata, selepas menjalani pembedahan otak pada tahun 2002, anaknya itu mula beransur pulih tetapi penyakitnya kembali serius apabila sekali lagi terjatuh di rumah pada tahun 2006.

Sejak itu katanya, rawatan demi rawatan yang sudah menelan kos lebih RM150,000 tidak berjaya menyembuhkan sepenuhnya penyakit Muhammad Syamil dan remaja itu kini hanya mampu terlantar di rumahnya di Kampung Padang Kulim di sini.

Lebih malang, adik Muhammad Syamil, Norlizah, 10, pula disahkan menghidap penyakit paru-paru berair sejak berusia dua tahun.

Nordin berkata, dia terpaksa mengeluarkan semua wang simpanan selain meminjam daripada majikannya ketika bekerja di sebuah kilang sebelum ini, untuk membiayai perubatan Muhammad Syamil.

''Selepas dapat bantuan pinjaman majikan, saya bayar sedikit demi sedikit dan berjaya melangsaikannya sebelum berhenti kerja. Duit simpanan juga sudah dibelanjakan untuk tampung kos rawatan," katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga kini bergantung kepada isterinya, Azizah Yahya, 48, yang memperoleh pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan di sebuah kilang di sini selain bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300.

Nordin berkata, dia memerlukan sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk membeli ubat, susu khas dan kos pemeriksaan perubatan serta latihan akupunktur yang dijalani Muhammad Syamil setiap bulan.

Sehubungan itu, beliau merayu sumbangan orang ramai termasuk pakar penyakit saraf otak termasuk pengamal perubatan tradisional untuk tampil membantu merawat penyakit anaknya itu.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Nordin di talian 012-5786792 .

Sunday, November 2, 2008

pesakit jantung berlubang



Assalamualaikum w.b.t,

Nama saya Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib berasal dari Kuala Lumpur.Umur saya 6 tahun 10 bulan.Saya mengidap penyakit kronik jantung berlubang yang serius sejak saya dilahirkan dan saya adalah Orang Kurang Upaya ( OKU) iaitu tidak boleh mendengar, bercakap, dan berdiri. Boleh dikatakan setiap bulan saya dirawat dihospital.

Saya memerlukan sejumlah bantuan kewangan daripada Tuan / Puan untuk meringankan beban kewangan ibubapa saya bagi :-
1 ) Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak - kanak seperti saya yang berharga lebih kurang RM 3,000.00
2 ) Membayar hutang Institut Jantung Negara lebih kurang RM25,000.00.
3 ) Menampung perbelanjaan kos rawatan saya dari masa ke semasa.

Dilampirkan salinan dokumen - dokumenyang berkaitan untuk rujukan
Tuan / Puan.

Saya merayu kepada Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan sekadar yang mampu bagi meringankan beban kami sekeluarga.

Sebarang sumbangan harap dapat disalurkan ke akaun / atas nama :-
Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib
CIMB Bank A/c No 1427 006 1573 521

Sekiranya sumbangan Tuan dalam bentuk cek diharap dapat hubungi ibu saya Fazirah Bt Sidek 012 658 0456 / 013 695 3030

Segala bantuan dari tuan/puan amat saya hargai

*ambil dr emel..x rasa yg budak tu yg tulis. tapi x kisah la...tolong la selagi boleh..

surat discharge