Tuesday, January 13, 2009

TABUNG KHAS PALESTIN YAYASAN SALAM

Yayasan Salam Malaysia menubuhkan tabung khas bantuan kemanusiaan penduduk Palestin
bagi membolehkan semua pertubuhan dan organisasi serta rakyat Malaysia menghulurkan
bantuan kepada mangsa- mangsa kekejaman Israel.

Tabung yang diwujudkan hasil kerjasama dengan Forum Profesional Malaysia itu turut memberi resit pengecualian cukai kepada mereka yang menderma lebih RM50.

Hasil sumbangan orang ramai itu akan digunakan untuk membeli barangan keperluan rakyat Palestin termasuk ubat-ubatan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan kewangan melalui cek atau wang pos dengan mengirimkan atas nama Yayasan Salam Malaysia dan menulis di belakang cek tersebut 'Tabung Palestin'.

Orang ramai yang mahu menderma wang tunai menerusi bank pula, boleh memasukkan sumbangan ke akaun Public Bank Yayasan Salam Malaysia di 3072 8793 02.

Selain itu, orang ramai boleh menyumbang terus ke ibu pejabat yayasan di
22, Jalan Changgai 6/22,
46000, Petaling Jaya
atau
03-79584021

Yayasan Salam pada masa ini sedang membuat persiapan menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza dengan bantuan NGO antarabangsa yang telah berada di sana.

No comments:

Post a Comment